Posts

Lila

 "Apa lagi yang kau tengah cari Lila?” “Aku… aku tak tahu.” “Kalau kau tak tahu apa yang kau cari, macam mana nak jumpa?”  Sunyi. Kabur pandangan mata Lila apa bila mendengar persoalan dari Azwa.  “Aku ingat, bila aku melukis aku rasa happy. Rasa terisi, tapi– apa aku buat, semua yang aku dapat, aku tak pernah—“ Esak tangisan sendiri memotong percakapan Lila. Baru tersedar selama ini apa yang hilang.  Lila tak pernah rasa gembira. Setiap kali dia dapat result cemerlang, setiap kali dia dapat anugerah, setiap kali manusia semua puji Lila. Lila cuma rasa biasa. Dia anggap pencapaian itu biasa sebab lepas apa yang dia usahakan, lepas apa yang dia korbankan, mestilah dia akan dapat.  Lila masih rasa sunyi meskipun dia disorak dan diberikan tepukkan gemuruh atas pencapaian dan anugerah. Lila masih rasa tidak cukup biarpun ideanya dibeli dengan harga ratusan ribu. Lila masih rasa kosong walaupun orang menganggap dia sudah memiliki terlalu banyak untuk seorang gadis se...
"Itulah, dulu Zafrul mahu dekat kamu. Kamu tak hendak. Kamu cakap nak sambung Master. Dah habis Master kamu tolak degan alasan tak sekufu. Sombong. Sekarang Zafrul dah beranak tiga. Padahal Zafrul dulu bukan tak bagus, kamu berkawan dengan dia pun lama." Terdiam seketika isi dapur mendengar sindiran Mak Long.  "Sudahlah Long, cerita dah lama. Anak saudara kita tu wanita hebat. Apa orang cakap? Inpedenden? Alah, wanita berdikari. Semua dia dah ada. Takkan dia nak cari yang biasa-biasa jadi suami dia. Tahulah dia nak urus hal jodoh dia. " balas Mak Lang cuba meredakan keadaan. Risau jika anak saudara perempuannya itu terasa hati. "Kalau tak nak yang biasa-biasa? Sampai bila nak membujang? Patutnya bersyukurlah kalau jumpa lelaki yang cukup solat, rajin ke masjid, rajin cari duit. Kalau kasar sikit-sikit, malas sikit-sikit itu biasalah. Dah nama pun lelaki. Lama-lama berubah juga kalau kita pandai pujuk." bidas Mak Long tidak puas hati. Jarang orang di rumah ...